15 September 2005
Reunion atau Perjumpaan Yang Pertama Sekali setelah Kami meninggalkan Afats pada 09 Mei 1992 (13 Tahun yang lalu). Kami semua yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut (2 & 3 Julai 2005) telah memilih Kem Segenting sebagai tempat perjumpaan kami yang pertama bagi mengenang kembali nostalgia tempat yang telah mengajar kami mengenal erti kehidupan, kedewasaan serta cabaran. Semoga perjumpaan ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang demi mengeratkan silaturrahim diantara intake 23 khasnya. Rasa seperti baru semalam kami meninggalkan Afats tapi sebenarnya telah berlalu sejauh 13 tahun, dahulu kami datang seorang diri dari kampung kini kami hadir dengan keluarga begitu juga pada Kem Segenting jika dulu ia dihiasi oleh bangunan kediaman budak Afats tapi sekarang yang tinggal hanyalah runtuhan kerana ia perlu berubah seperti mana kami juga yang telah banyak berubah dari segi fizikal. Tetapi perubahan itu tetap tidak mengubah apa-apa kepada kami kerana yang pastinya Kami Adalah Bekas-bekas Pelajar Pengambilan Siri Ke 23 Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. (X-Afats 23).