20 September 2005

Piagam Afats:
Untuk memberi peluang kepada pemuda-pemuda Malaysia menjalani kursus-kursus selama tiga tahun/dua tahun di dalam ketenteraan,teknikal dan akademik supaya mereka layak untuk berkhidmat didalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera.
Sejarah Penubuhan Afats:
Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT) telah ditubuhkan pada 1 April 1968 di bawah kelulusan Majlis Angkatan tentera. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat iaitu Jen Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 November 1968, bertempat di Kem Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pengambilan pertama terdiri daripada 60 orang perantis putera telah berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 April 1971. Kumpulan pertama ini telah diagihkan kepada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Mulai pengambilan ke 11, setiap perintis putera hanya perlu mengikuti kursus selama 2 tahun dan mereka ini dikenali sebagai 'Perantis Putera Kategori A'.
Pada awal tahun 1982, sekolah ini dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Port Dickson. Pada 12 Ogos 1988 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan hanya melatih para perantis untuk perkhidmatan Tentera Darat khususnya Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja. Pada tahun 1992, SPPTD telah berpindah sekali semula ke tempat asalnya di Kem Si Rusa dan berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).
COGAN KATA
Cogan kata " BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT " bertujuan untuk mewujudkan bakal tentera yang berketerampilan dalam bidang akademik, ketenteraan, teknikal serta sedia berkhidmat didalam pasukan teknikal Tentera Darat.
MATLAMAT SEORANG PERANTIS
Setiap perantis putera dididik menjadi seorang yang berdisplin, berdedikasi, mempunyai komitmen dan daya tahan serta semangat yang padu dalam segala lapangan yang diceburi. Oleh yang demikian ia perlu memenuhi matlamat berikut,
:: Kejayaan akademik dan vokasional yang cemerlang
:: Kejayaan menamatkan latihan ketenteraan
:: Kejayaan dalam aktiviti ko-kurikulum
:: Displin yang baik
:: Akhlak yang mulia
19 September 2005
Tarikh Yang Mesti DiKenang Afats 23
Tarikh –tarikh Penting Bagi Afats Intake 23
- 2 May 1990 – Temuduga Pemilihan Afats di Kem Segenting, Bt.10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
- 6 Jun 1990 – Melapor Diri di Kem Segenting, Bt.10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Untuk menjadi salah seorang Afats Intake 23.
- 6 Jun 1991 – Kenangan Jadi Brader kepada Afats Intake 24... Untung diaorang dapat kami jadik brader diaorg.
- 9 May 1992 – Passing Out Parade (Perbarisan Tamat Latihan) sebagai Afats Intake 23. Passing Out Parade ini merupakan perbarisan terakhir sekali di Kem Segenting dan penutup bagi kewujudan Afats di Kem Segenting sebab selepas itu Kem Segenting telah diambilalih oleh Pusat Latihan Rekrut (PLR) dan Afats telah dikembalikan ke Kem Si Rusa iaitu ketempat dimana Intake 1 bermula.
17 September 2005
Antara ruin2 bangunan di Kem Segenting yang masih kelihatan.Stor Cik Ganeson, yang mana kalau pinggan dan cawan kole hilang mesti sure kena pecah punya. Tapi sekarang tak payah pecah dah, pasal memang akan dipecahkan
(Gambar Sumbangan: 535744 Ong Teng Leong @ Byold)
16 September 2005
Jejak Kasih
Jejak Kasih:- Kami Masih berusaha menjejak,mengesan, dan mencari
beberapa orang sahabat kami yang masih belum di ketahui statusnya ini.
Kepada sesiapa yang terserempak, terjumpa, mengenal and mengetahui
siapa atau dimana mereka yang tersenarai di bawah sila emel kepada afats_23@yahoo.com.my
Senarai Mereka Yang Sedang DiJejaki:-
1 535675 Abd Majid – Tg.Malim, Perak
2. 535677 Abraham – Batang Berjuntai,Selangor.
3. 535685 Encik Rahim Bin Che Ismail – Kuala Lipis, Pahang.
4. 535686 Hamiluddin Bin Che Awang – Kelantan.
5. 535697 Kamarulzaman – Batu Kikir, Negeri Sembilan.
6. 535698 Kamarulzaman – Kelantan
7. 535707 Mohd Hafizi Bin Mohd Latiff – Perak (Berjaya Dikesan)
8. 535711 Mahathir Bin Abd Rahman – Batu Pahat, Johor.
9. 535715 Mohd Ismail Bin Johari – Melaka
10. 535724 Mohd Bukhari – Perak
11. 535728 Mohd Yusuf Bin Mohamad Hussain – Kuala Lumpur
12. 535736 Mohd Syukor – Balik Pulau, Pulau Pinang.
13. 535737 Mohd Zaini Bin Moin – Negeri Sembilan
14. 535739 Nazeri Bin Lazim – Johor
15. 535751 Raja Badrulzaman – Jeram, Selangor.
16. 535761 Raja Nureza – Kuala Lumpur
17. 535769 Nurazman Bin Nurhashim – Kuala Lumpur
18. 535786 Yusaidi Bin Yaakob – Kelantan
19. 535798 Zulkifli Bin Midon – Johor
beberapa orang sahabat kami yang masih belum di ketahui statusnya ini.
Kepada sesiapa yang terserempak, terjumpa, mengenal and mengetahui
siapa atau dimana mereka yang tersenarai di bawah sila emel kepada afats_23@yahoo.com.my
Senarai Mereka Yang Sedang DiJejaki:-
1 535675 Abd Majid – Tg.Malim, Perak
2. 535677 Abraham – Batang Berjuntai,Selangor.
3. 535685 Encik Rahim Bin Che Ismail – Kuala Lipis, Pahang.
4. 535686 Hamiluddin Bin Che Awang – Kelantan.
5. 535697 Kamarulzaman – Batu Kikir, Negeri Sembilan.
6. 535698 Kamarulzaman – Kelantan
7. 535707 Mohd Hafizi Bin Mohd Latiff – Perak (Berjaya Dikesan)
8. 535711 Mahathir Bin Abd Rahman – Batu Pahat, Johor.
9. 535715 Mohd Ismail Bin Johari – Melaka
10. 535724 Mohd Bukhari – Perak
11. 535728 Mohd Yusuf Bin Mohamad Hussain – Kuala Lumpur
12. 535736 Mohd Syukor – Balik Pulau, Pulau Pinang.
13. 535737 Mohd Zaini Bin Moin – Negeri Sembilan
14. 535739 Nazeri Bin Lazim – Johor
15. 535751 Raja Badrulzaman – Jeram, Selangor.
16. 535761 Raja Nureza – Kuala Lumpur
17. 535769 Nurazman Bin Nurhashim – Kuala Lumpur
18. 535786 Yusaidi Bin Yaakob – Kelantan
19. 535798 Zulkifli Bin Midon – Johor
15 September 2005
Reunion atau Perjumpaan Yang Pertama Sekali setelah Kami meninggalkan Afats pada 09 Mei 1992 (13 Tahun yang lalu). Kami semua yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut (2 & 3 Julai 2005) telah memilih Kem Segenting sebagai tempat perjumpaan kami yang pertama bagi mengenang kembali nostalgia tempat yang telah mengajar kami mengenal erti kehidupan, kedewasaan serta cabaran. Semoga perjumpaan ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang demi mengeratkan silaturrahim diantara intake 23 khasnya. Rasa seperti baru semalam kami meninggalkan Afats tapi sebenarnya telah berlalu sejauh 13 tahun, dahulu kami datang seorang diri dari kampung kini kami hadir dengan keluarga begitu juga pada Kem Segenting jika dulu ia dihiasi oleh bangunan kediaman budak Afats tapi sekarang yang tinggal hanyalah runtuhan kerana ia perlu berubah seperti mana kami juga yang telah banyak berubah dari segi fizikal. Tetapi perubahan itu tetap tidak mengubah apa-apa kepada kami kerana yang pastinya Kami Adalah Bekas-bekas Pelajar Pengambilan Siri Ke 23 Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. (X-Afats 23).
14 September 2005
Depan Duduk Dari Kiri: Plt 1(535689 Haskam Hashim,535672 Abd Kadir Awg.Kechik,535709 Md Yasin Hashim,535745 Othman Zainal)
Berdiri Belakang Dari Kiri: Plt 2(535797 Zulkifli Hanafi,535799 Zulkeffly Mohamad,535725 Md Sani Muda,535794 Zawawi Yaakob,535748 Rashidi Fadzli Yahaya,535708 Mohd Jefri Zakaria,535723 Md Noor Abu Hassan,535688 Hisham Saip)
Duduk Depan Dari Kiri: Plt 3 (535693 Jefry Jalal,535749 Rizal Yatimin,535710 Mohd Hafizi Abdullah,535667 Rosidi Gonchor,535768 Shaharuddin Ismail,535744 Ong Teng Leong,535682 Amran Nayan)
Berdiri Belakang Dari Kiri: Plt 4(535717 Mohd Azam Abdul Hadi,535743 Nik Ritzaudeen Nik Anom,535789 Zainol Ahmad,535735 Md Shukri Tajuddin,535705 Md Na'im Hashim,535756 Rosli Junus,535772 Samsol Moin,535746 Ridzuan Md Yusoff,535701 Md Indra Md Yusof,535720 Md Yusuf Mohamad,535730 Md Ridzal Ramli,535767 Saifulizam Ali,535791 Zun Ahmad, 535780 Safik Effendy Mohamad(bersila depan))
Duduk Depan Dari Kiri: Plt 5 (535678 Abd Rashid Abd Rahman,535763 Samsul Bahari Hashim535764 Shamizan Abu Bakar,535755 Raja Shoib Raja Omar)
Berdiri Belakang : Plt 6(535695 Khairizal Ali Ahmad,535684 Budin Esa,535668 Abd Halim Jaafar,535680 Azman Misaran,535766 Shukri Sahbudin,535714 Md Hazli Abd Sabar,535702 Md Zuhairi Zainal,535713 Md Zaki Abdullah)
Duduk Depan Dari Kiri: Plt 7 (535682 Amran Nayan;535716 Md Faizal Md Ghazali,535747 Roszabidi Yusoff,535787 Zuraidi Rahim)
Berdiri BelakangDari Kiri:Plt 8(535789 Zainol Ahmad,535782 Taufik Mohamad Abdul Rashid,535754 Roazmi Kassim,535691 Ishak Md Som)









